HEADER

Current Status:

1. FYP oh FYP~

Saturday, May 21, 2011

Otak Bisnes.

Alhamdulillah...baru lepas makan steamboat tadi. hehe.
masuk ni da 2 kali da aku makan steamboat dekat Flaming Steamboat. Harga kat situ Rm24.99 per pax termasuk caj perkhidmatan. Berbaloi? entah la..kalu tengok menu memang banyak je makanan seafood, mee, aiskrim, ABC bagai. Tapi bile korang da pegi, pening da xtau nak amek yang mane satu?

Aku? aku bedal je sume. kenyang xkenyang aku sumbat je sampai rase berbaloi. dan berlaku la penaikan berat badan yang mendadak secara diam2 umpama caj tersembunyi yang disediakan oleh Maxis.

Balik dari makan tu, singgah studio Zul(SeniSiniSana) jap. saje nak melawat disamping berborak kosong dimalam hari macam remaja2 yang laen. So tibe2 keluar la topik pasal Syafiq Rosli jual dadih mase die dekat MICET Melaka. Mula2 memang aku fikir tah pape la jual dadih ni. Macam maen2 je. But aku tergamam xterkata mendengar pengalaman die jual dadih tu. haaa~

Ni antara yang die citer kat kitorang la:

"aku mase tu ade Rm20 je. Aku ade 2 pilihan, sama ada bayar duit sewa umah ataupun jual dadih. Aku pilih jual dadih. Dalam seminggu, aku da boleh bayar duit sewa umah da. Sekali advance untuk bulan depan punye skali aku baya"

Ha gamam xgamam aku dengar cam tipu2 je kn? Berbekalkan Rm20++ (kalu xsilap la), boleh mengaut untung camtu? Tapi janganlah harapan menggunung sampai boleh beli Kawasaki Ninja 250R FI tu kan. (damn....) Bayangkan kalu dalam Rm20++ tu boleh buat 25 cup. kalu jual satu cup tu singgit, dapat la untung Rm5. Tapi xsemestinye Rm20++ tu digunakan sepenuhnya untuk buat 25 cup. Mesti ada balance2 lagi. Koman2 untung bersih dapat la Rm5. ok what..huhu

Untuk orang yang xde keje, and nak cari pengalaman, ok kot. Tapi sejauh mana keuntungan tu boleh dicapai, tu yang kitorang nak tahu. So berpakat la kitorang fikir nak buat bisnes dadih. So 1st step, kene cari targer dulu; budak sekolah! budak zaman skang da kaya da. mak bapak bagi duit blanje seari sploh ringgit mesti ade balance punye la. Kalu aku jadi dorang memang aku beli je dadih tepi jalan yang dijual oleh pakcik2. Hehe...

So sejauh mana realitinya? tunggu~

Oki: xsaba nak abiskan duit budak2 skolah beli dadih..

Wednesday, May 11, 2011

Habis sudah.

Yes, akhirnya peperiksaan akhir tamat jugak. Memang gembira xterkata, lepas abis kertas terakhir je rase macam fresh student baru nak masuk university, xingat da blaja pe sebelum nih. hahaha....

So, lepas exam of kos la cuti. dan seperti biase, akan berlaku la sesi brainstorming nak watpe cuti nih. Kalu aku letak salah satunye "hangout ngan kawan walaupun takde duit" lagi nanti ade pulak blogger len yang kritik pasal pe yang aku tulis tu. Macam la aku xtau. Aku terbakar? well aku tulis pun sebab saje2 je, aku pun bukannye jenis berpoya2 sangat oh kay!

Tapi....cuti kali ni da laen sikit..maksud aku, BANYAK!

Biasa cuti ade la dalam sebulan setengah. Tapi kali ni (untuk student degree jer) its turn out to be 4 month! Woot~! Hoho...fricking awesome + lame. Asal lame sangat? sebab menteri pelajaran da tau bulan 5 ni musim panas kat mesia, so dorang bagi la summer holiday 4 bulan. Haha...memang masuk akal sungguh.

Anyway, since it's 4 month holiday, agak sangat sungguh terlebih2 rugi kalu duk umah goyang kaki bagi susu kat anak buah aku je tanpa buat benda laen yang lebih berfaedah. Contoh? Apa yang tersirat kat setiap fikiran pelajar setiap kali cuti semester - KERJA!

Ya, kerja. Rase macam nak kerja plak cuti semester ni. Tapi xnak la keje2 biase jd pelayan restoran dan umpamanya (baru nak keje part time nak memilih plak). Kalu bleh nak la keje yang berkaitan ngan bidang aku sket, bidang perngkomputeran. Kalu freelance buat system jual kat kompeni boleh jugak dapat Rm4000 satu system. errmm...nah...

So nak watper cuti ni? haa...terlalu banyak untuk dirancangkan dan ditulis. Bak kata imam masjid, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Tapi kalu xde usaha camne nak berjaya kan? next time kena tambah pkataan tu bila orang cakap camtu. Rase macam nak keje kat Kedah plak, duk umah sewa abang aku, keje kat kilang Intel kat sane. masyuk gak. Hehe~

Oki: Think....think.......

Sunday, April 24, 2011

Hello Final Exam!

As every student must face at the end of their every semester, so do I.
Final exam comes again, and it is my responsibilities to face it.

So, doakan aku dan rakan2ku yang laen dapat mengharungi hari2 peperiksaan ini tanpa haru biru. huhuhu~ InsyaAllah...Allah jua yang mampu membalas semula jasa2 anda semua yang mendoakan kami. Akan ku kenangmu dalam doaku (dah merapu dah)

Oki: Ayuh2! kite study!

Sunday, March 20, 2011

"This is my story"

Tidak, ia bukanlah kisah diriku yang sebenar.
haha...check it out.
found something cool~


Serius, terharu aku tengok video ni
(walaupun da tau hanya edit)
Korang pun boleh cube tuka jadi korang juga.
Cuba jangan xcuba.
;)

Oki: Bosan2 dimalam hari

Friday, March 18, 2011

Hoorah!

title got nothing to do with the post. haha

adeih cam da lame gile je rase xupdate ini belog.
da xde benda menarik da nak dikongsikan.
mungkin kerana hidupku sendiri menjadi xmenarik?
atau aku terlalu malas nak citekn perkara2 menarik dalam hidupku?
banyak bende la nak kene buat.
student la katekn (ececey~)

semester kali ni aku da jadi jenis yang pemalas.
malas dari segi banyak perkara.
malas nak buat esaimen.
malas nak siapkan task.
malas nak blaja (walaupun test keesokkannya)
semester ni jugak la antara semester paling banyak aku salin esaimen dari kawan2 aku.
ape nak jadi?

entah.
aku cuma berharap aku xkan jadi camni sampai habis blaja.

Oki: Bawaku pergi jauh dari rumah.

Monday, February 14, 2011

Internet oh internet~

yes setelah hampir seminggu xde internet,
akhirnya dapat gak aku jejakkan kaki ke alam siber ni..
baruku tahu betapa pentingnye alam siber nih.
dan hampir seminggu jugaklah segala kerja2ku tertunda.

dah budak sains komputer kan,
memang assignment dan internet tu da macam desktop ngan monitor da.
xde monitor, xleh buat keje.
kalu xtau monitor tu ape sila google ye.

laman sosial? xde la penting sangat...
cume kalu nak cari jawapan assignment, situlah salah satu sumbernya.
hehehe~

So skang da ade intenet,
kene la sambung buat keje2 yang tertunggak tu.
kalu la assingment ni macam bil lektrik/air.
Kalu tertunggak, kene potong bil.
Kalu assignment? ha potong la assignment.
let bygone be bygone. keh3~
tp markah pon bygone jgk la...
T_T

yang paling penting skang ni, tajuk untuk subjek "Presentation Skill".
Penat je aku cari artikel, print cantik2 sampai habes ink,
highlight point2 penting (ingat senang ke nak tengok aku men highlight2 nih)
Senang2 je die rejek tajuk aku . Cit!
izbir ya Syauqi...izbir...
ya aku tetap bersabar.

Tajuk seterusnya untuk dicari?
Entah...biar angin membawa diriku kemana ia bertiup.
Tah pobondo eh aku cakap nih.
Dah la, nak 'bayar' assignment2 yang da tertunggak.
Argh~~

Oki: xsenang duduk intenet xbleh gune.... x_x

Friday, February 4, 2011

Henshin!

Tension tengok sume nak tuka2 template blog.
So aku pun xketinggalan la
(walaupun amek template yang da tersedia ada. hehe)
Amek kaler putih.
Putih itu suci.
So memang kene la kan dengan tuan empunye blog ni kn kn kn?
wawawa perasan pula ;p

Oki: bila kebosanan dipetang hari.