HEADER

Current Status:

1. FYP oh FYP~

Friday, July 3, 2009

Histeria?? LOL

Haha...so funny...surat khabar sekarang ni memang dah xde idea nk msk dlm berita kot....try la bc:

MARAN: Tindakan sekumpulan pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, di sini, meraung dan menjerit kerana panik selepas seorang rakan mereka pengsan ketika mengikuti taklimat minggu orientasi di dewan universiti berkenaan mencetuskan perasaan cemas lebih 1,000 pelajar lain kerana menyangka diserang histeria, kelmarin.

Bagaimanapun, kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang itu sebenarnya berpunca daripada seorang pelajar wanita tiba-tiba rebah dan berada dalam keadaan separuh sedar dipercayai akibat kepenatan menjalani minggu orientasi.

Difahamkan, pelajar wanita berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun itu berada di dewan berkenaan bersama semua pelajar terbabit dan sedang mendengar taklimat sesi suai kenal sebelum pengsan.

Seorang pelajar lelaki berkata, ketika kejadian dia turut berada dalam dewan mendengar taklimat terkejut apabila tiba-tiba melihat sekumpulan pelajar wanita menjerit seakan-akan dirasuk.


Katanya, dia yang terpinga-pinga dengan kejadian itu menyangka pelajar terbabit diserang histeria atau dirasuk kerana sebelum ini mereka pernah mendengar pelbagai cerita mistik di pusat pengajian tinggi itu.

“Dalam keadaan itu, saya dan beberapa pelajar lain serta pengurusan UiTM cuba memberi bantuan kepada mangsa yang macam tidak sedarkan diri malah ada mengadu ketakutan.



“Keadaan itu menyebabkan semua pelajar segera dibawa keluar ke padang berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dia berkata, semua pelajar wanita itu dihantar ke Hospital Jengka (HJ) dengan menaiki bas dan kereta milik kakitangan UiTM.

“Selepas beberapa jam, kami mendapat tahu kejadian itu berlaku sebenarnya disebabkan seorang pelajar wanita tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri akibat kepenatan menyebabkan pelajar lain yang menyaksikan kejadian berkenaan panik lalu menjerit tidak tentu pasal,” katanya yang mula mendaftar di institusi pengajian tinggi (IPT) itu Sabtu lalu.

(Taken from:http://www.hmetro.com.my Thursday 2nd July '09))

Oki: Bwt malu UiTM aku jer... *sigh*

3 comments:

Adlyn Farouk said...

hahahahhahahahahahahhahahaahhahaha

jija said...

hahahaha! adoi! lawak lah plak..

Choki a.k.a oki! said...

ni bkn lawak ni..ni bwt malu jer. aduh...smgt la komander tu bwk bdk2 tu g spital