Muharram tiba menggantikannya.
Dengan berkumandangnya azan maghrib pada 6hb Disember 2010, maka bertambahlah angka hijrah didalam kalendar Islam, menjadikannya 1432 Hijrah. Kalau biasa nak sambut tahun baru sibuk la nak sediakan mercun, plan dengan rakan2 kua tengok bunga api malam2. Kalau tahun baru hijrah plak camne? Nak bakar mercun jugak ker?
Takyah la bakar mercun. Perabih duit je ye tak. Bagi menyambut tahun baru Hijrah yang bakal tiba, seelok2nye selepas solat Asar sebelum masuknya waktu Maghrib, kite baca yaasin. Yang ni selalu jugak kitorang amalkan kat umah ni. Dan sebelum masuk waktu Maghrib tu, kita disunatkan baca doa akhir tahun. Lepas solat Maghrib lak, kita bacalah plak doa awal tahun. haa gitu...tak tau doa? takpe..boleh try tengok kat sini.
Maka, tahun baru, azam pun kenela baru. Ingat korang bukak skola je nak baju baru ke. Ha azam pun mestila baru. Jangan azam mengarut2 dah ler..berazamlah supaya tahun ini kita lebih banyak melakukan ibadah kepadaNya. InsyaAllah.
Selamat Menyambut Maal Hijrah Yang ke 1432H
Oki: Azamku, supaya aku dapat mengekalkan perubahan yang aku lakukan skang nih selagi masih bernafas.
No comments:
Post a Comment