"Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam adalah hari bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad(S.A.W) dari Kota Mekah ke Madina pada tahun 622 masihi"
Didalam kalendar Islam, terdapat 12 bulan Islam antaranya Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Rejab, Sya'ban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan Muharram adalah bulan yang pertama dan ia ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Seperti kalendar yang lain, apabila tamatnya akhir tarikh bagi bagi bulan terakhir tahun itu, akan dimulakan semula oleh bulan yang pertama. Dan di dalam bulan Islam, bulan Muharram akan kembali semula dan juga disebut sebagai Awal Muharram.
Apa yang harus dilakukan pada Awal Muharam?
Didalam kalendar Islam, pertukaran tarikh berlaku selepas masuknya waktu Maghrib. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun pada waktu Asar, sebelum masuknya waktu maghrib. Ada juga yang membaca yaasin sebelum membaca doa akhir tahun, bagi memanjatkn lagi berkat olehNya. Selepas itu, kita juga disunatkan membaca doa awal tahun selepas masuknya waktu Maghrib. Klik sini untuk doa akhir dan awal tahun baru (Terjemahan).
Semoga tahun baru ini disambut dengan azam dan kesungguhan untuk kita memenuhinya. InsyaAllah.
[Selamat Menyambut Maal Hijrah yang ke 1431]
Oki: Ape azam korang tahun ni?
[Selamat Menyambut Maal Hijrah yang ke 1431]
Oki: Ape azam korang tahun ni?
2 comments:
tp kalau oki perasan..
kebanyakn orang...
awal muharam tahun nih bukan disambut dgn bacaan doa akhir tahun dan awal tahun..
tp dengan sorakan bola malaysia vs vietnam..huhu
Ha tau xpe...!
Eee geram gle..dah la kdai mamak tu seberang jer. nak je oki jerit suh dorg blk smayang..kbetulan tgh ujan. jerit pn bkn dgr. naseb...naseb.
Post a Comment